Apabila
putus cinta, sebahagian besar tindakan dan pilihan anda dikuasai oleh
emosi. Apabila emosi mengawal diri anda maka, anda sukar untuk berfikir
secara rasional. Anda akan mudah memberontak daripada tenang. Anda
akan menangis tanpa menghiraukan orang sekeliling. Anda tidak ada nafsu
untuk makan dan akhirnya tidak menghiraukan kesihatan anda. Apa yang
lebih merbahaya adalah, berkemungkinan anda sanggup mati daripada terus
hidup!
Sabar!
Tenangkan diri anda… Katakan kepada diri anda sendiri bahawa semua ini
adalah “Normal”. Adalah normal jika anda sedang besedih dan kecewa
sekarang. Anggap bahawa anda sedang menjalani satu ujian daripada tuhan.
Ujian di mana akan memberi anda hikmah jika anda berjaya
mengharunginya.
Saya akan sampaikan kepada anda “5 Pekara yang Perlu Anda Lakukan Apabila Putus Cinta”. Setiap
5 perkara ini akan membantu anda untuk lebih berasa tenang dan apa
yang lebih penting, akan memberi anda harapan untuk terus hidup.
1.Jangan Hubungi Pasangan Anda!
Jangan
call, sms, e-mail atau apa- apa cara sekali pun yang berkaitan dengan
menghubungi. Jangan lakukan sebarang komunikasi kepada pasangan anda.
Biarkan keadaan ini berlalu selama yang mungkin.
2.Jangan Hubungi atau Meluah Masalah Kepada Rakan Pasangan Anda.
Disebabkan
tidak dapat menghampiri pasangan anda, akhirnya anda memilih untuk
menghubungi rakan pasangan anda dan meluah masalah anda dan pasangan
anda. Keadaan ini akan memburukkan keadaan dan bukannya memperbaiki
keadaan.
3.Luahkan Masalah Anda Hanya kepada Teman Rapat Anda Sahaja!
Masalah
cinta seperti ini anda perlukan seseorang yang betul- betul rapat dan
memahami anda. Seseorang yang betul- betul boleh mendengar dan menjiwai
masalah anda. Cari mereka dan luahkan segala masalah perhubungan cinta
anda. Ahli keluarga juga mungkin menjadi pilihan anda untuk meluah.
4.Jangan Biarkan Diri Anda Keseorangan
Amaran!
Jangan sesekali letakkan diri anda berseorangan. Mungkin anda
perluankan masa untuk bersendirian tetapi hakikatnya anda sebenarnya
perlukan teman. Dengan erti kata lain, anda perlukan pasangan anda.
Apabila anda letakkan diri anda keseorangan anda akan cenderung untuk
menghadapi masalah kemurungan “stress”.
5.Hadiahkan Diri Anda Dengan Sesuatu yang Menyeronokkan
Anda
perlu sedar bahawa anda sedang bersedih. Jika anda terus bersedih
maka, tiada penyelesaian dapat anda lakukan. Oleh itu, anda perlu
hadiahkan diri anda sendiri dengan sesuatu yang ceria dan
menyeronokkan. Pergi bercuti ke tempat yang asing daripada tempat anda
mungkin boleh membantu anda meredakan kesedihan. Belikan sesuatu yang
berharga kepada diri anda sebagai hadiah kerana anda mampu mengharungi
perpisahan ini.
Post a Comment
Silahkan Berkomentar