Puisi Cinta | Cinta Tak Kesepian

Posted by Puisi Cinta Romantis


 


Bukan senang mencari cinta. Apa lagi untuk menyulamnya.
Terkadang ia terkandas . Hingga cita cita menjadi abu. Jiwa menjadi arang. Malah adakalanya mengunggah iman. Mencacatkan tawakkal. Melemahkan amalan.
Kadang kita pelik, kenapa cinta kita dipermainkan. Diperbudakan. Dipersendakan setelah terbinanya hati ini. Terbinanya cita cita ini. Namun tatkala  itu hampir siap untuk diisi dengan keindahan. Ianya diletupkan tanpa belas kasihan. Tanpa wasiat dan pesanan. Tersungkurlah bangunan cinta itu menjadi serbuk penderitaan …
Apakah ianya suatu ‘ takdir ‘ yang telah ditetapkan atau sekadar ‘ alasan ‘ untuk menutup kezaliman!
Hingga akhirnya cinta yang dibina tahun ketahun tidak kesampaian!
Begitulah tamsilnya kehidupan ‘ takwa’ yang kita cari diramadhan ini.
Sukar diraih tanpa kesetiaan.
Kerana ia diliputi duri-duri jalan.
Duri-duri ketamakan dan cita cita keduniaan.
Duri-duri ketakutan dan kecemasan.
Duri-duri ketakutan dan kemudaratan.
Bagaimana untuk menyulamnya dengan amal amal soleh jika hati kita penuh dengan kegelapan sepertimana kegelapan yang dilalui oleh Nabi Yunus. Dengan kegelapan malam. Kegelapan laut dan kegelapan didalam perut ikan!
Memang ‘takwa’ tidak akan bermukim didalam kegelapan!
Dan takwa juga akan terkandas bila hati tidak sensitif. Perasaan yang tidak jernih dan ketakutan yang tidak terus menerus dengan Allah.
Itulah dia pengaruh takwa yang sukar untuk digapai kerana takwa adalah sumber akhlak yang mulia dan satu-satunya jalan dalam memberantas kerusakan, kejahatan dan kemaksiatan. Malah takwa adalah akar dalam pembentukan jiwa dan akhlak seorang untuk menghadapi suka duka kehidupan, membedakan yang baik dan yang buruk dan sabar dalam menerima cobaan dan musibah.
Namun , jalan untuk mencapai tidaklah mudah. Ada wasail yang harus dikerjakan untuk mengapainya!
Akh …
aku menceritakan takwa kerana kita sering lalai mengejarnya. Terkadang lupa. Terkadang kita malas untuk bermujahadah.
Ini terbukti apabila aku menyusun program program Ramadhan untuk kamu semua tapi amat dingin sambutannya …
Aku tidak tahu kenapa? Apakah puasa melemahkan kamu? Apakah lapar dan dahaga itu cukup untuk menghidupkan ruh kamu yang kontang bagai padang ‘high chapparal’ itu!
Kenapa begini? Seharusnya ramadhan inilah sepatutnya ‘ jiwa’ kamu menjadi besar. Apalagi tarbiyah tarbiyah yang telah kita lalui itu menjuruskan kita untuk membesarkan jiwa. Namun sikap kita menunjukan sebaliknya!
Tidakkah kamu ingat sejarah ‘Ahzab’?
Waktu yang amat perit dialami oleh tentera tentera islam waktu itu.
Mereka bukan sahaja lapar malah terkepung dalam kedinginan yang mencekam dan kematian yang bisa datang tiba tiba!
Tidaklah sesenang kamu yang hanya sedikit lapar dan dikepung oleh traffic jamn yang menggila!
Namun mereka tetap bersemangat. Obses dengan kemenangan dan janji murabbi mereka Muhamad SAW serta janji Allah dan pertolongan Allah hingga akhirnya mereka berjaya dengan ujian iman itu. Berjaya dalam mencapai status takwa mereka.
Tidakkah ianya menjadi pelajaran bagi kita untuk membesarkan jiwa dan membakar ‘hamasah’ kita untuk meraih maqam takwa itu?
Akh,
kita masih berkesempatan lagi menggunakan Ramadhan ini untuk meraih pertolongan Allah mencari takwa.
Lupakanlah dunia yang berwarna ini sebentar. Lupakanlah persiapan persiapan Raya dan persiapan persiapan lainnya yang tidak boleh membuahkan takwa.
Cukuplah akh! Cukuplah!
Biarkanlah dunia ini terus berpusing dan berpusing dalam ketaatannya  terhadap perintah Allah!
Dan marilah kita terus berpegang teguh dengan prinsip dan sikap kita untuk mencari dan menjana iman dan mencari redhaNya kerana tanpa usaha yang berterusan pasti cinta kita tak kesampaian ….
muharrikdaie ~ menulis untuk mengerakan jiwa jiwa

Related Post



Post a Comment

Silahkan Berkomentar